PELANCARAN KEMPEN QURBAN 4 UMMAH 2026

our_news

Dated: 20-04-2026


post
Lebih Daripada Sekadar Daging: Simbol Solidariti Global 

Setiap tahun kita akan sambut Aidil Adha dan kebanyakan daripada kita tidak melepaskan peluang untuk tunaikan Qurban.  

Tapi, ibadah Qurban bukan sekadar ibadah tahunan. Ia adalah tanda cinta dan ketaatan seorang hamba itu kepada Penciptanya. 

Daripada Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban)..." (Riwayat al-Tirmizi) 

post
Qurban adalah amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sekadar penyembelihan, tetapi bukti keikhlasan, pengorbanan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. 

Setiap titisan darah yang mengalir… Setiap bahagian yang disempurnakan… Semuanya akan menjadi saksi di akhirat, membawa ganjaran yang tidak ternilai buat mereka yang melaksanakannya. 

Namun di sebalik ibadah ini, ada satu makna yang lebih besar.  

Ia membawa kelegaan kepada yang kesusahan, memelihara maruah mereka yang teruji, dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak pernah dilupakan. 

post
Sebab itu, melalui Peduli Insan, Qurban bukan hanya dilaksanakan, ia disampaikan dengan penuh makna. 

Bagi kita, daging mungkin hidangan biasa. Namun bagi ribuan keluarga pelarian dan mangsa konflik, ia adalah sesuatu yang jarang dirasai. 

Kadang-kadang… hanya setahun sekali. Kadang-kadang… itulah satu-satunya. 

Oleh sebab itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, Kempen Qurban 4 Ummah Peduli Insan kembali dilancarkan. 

Sebagai satu peluang untuk kita berkongsi rezeki, menghidupkan sunnah, dan menjadi sebahagian daripada harapan mereka yang memerlukan. 

post
Qurban kita adalah tanda kasih sayang yang merentas sempadan dan menjadi bukti bahawa di dunia yang luas ini, masih ada yang peduli. 

Jom bersama dalam Qurban 4 Ummah Peduli Insan.  

Semoga Allah pilih kita sebagai hamba yang terpilih untuk berkorban, bukan hanya dengan harta… tapi juga dengan jiwa.   


`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy