Kes Kecemasan "Massa"

100%

Jumlah Semasa: RM4801

Sasaran: RM4800

cause
Massa adalah seorang kanak-kanak Syria yang berusia lima tahun.

Massa menderita atrofi otak dan kekurangan oksigen di otak. Ini menyebabkan anggota bahagian bawah tubuhnya lumpuh serta kelemahan pergerakan anggota bahagian atas. Selain itu, dia juga mengidap penyakit jantung berlubang.

Massa dan enam orang ahli keluarganya telah lari dan berpindah dari rumah mereka ke kawasan yang lebih selamat di utara Syria.

Keluarga Massa juga mengalami masalah kewangan yang kritikal.

Ayah Massa yang menderita sakit jantung tidak dapat menyediakan makanan yang diperlukan buat Massa dan keluarganya. Ini menyebabkan mereka mengalami kekurangan zat makanan.

cause

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Massa dengan menaja kos rawatannya selama setahun. Bantuan ini meliputi ubat-ubatan dan rawatan fizikal yang diperlukan selain susu, lampin dan makanan.

Jumlah kos rawatan Massa dianggarkan: RM4,800

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya”   HR. Muslim

Ayuh kita selamatkan nyawa Massa.

Sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Jazakumullahu Khairal Jaza’ 


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy