Kes Kecemasan "Muhammad"

100%

Jumlah Semasa: RM16500

Sasaran: RM16500

cause
Muhammad Hamido adalah seorang anak yatim Syria yang kehilangan ayahnya lima tahun yang lalu akibat perang di Syria.

Muhammad menderita akibat kegagalan buah pinggang dan dia memerlukan pemindahan buah pinggang secepat mungkin.

Ibu Muhammad tidak sanggup melihat penderitaan anaknya di hadapan mata tanpa melakukan apa-apa tindakan. Maka dia memutuskan untuk menderma salah satu buah pinggangnya bagi menyelamatkan anaknya yang baru berusia 10 tahun itu.
cause

Pemeriksaan telah dijalankan, para doctor mengesahkan buah pinggang Muhammad dan ibunya adalah serasi. Doktor juga menasihatkan supaya pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera.

Sekiranya pemindahan tidak dilakukan, nyawa Muhammad berada dalam bahaya dan mungkin tidak mampu hidup lama.

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Muhammad dengan menaja kos rawatannya dan ubat-ubatan yang diperlukan.

cause

Jumlah kos rawatan Muhammad yang dianggarkan: RM16,500
 
Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya”   HR. Muslim
 
Ayuh kita menyelamatkan nyawa Muhammad.

Sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Jazakumullahu Khairal Jaza’


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy