Kes Kecemasan "Walid"

100%

Jumlah Semasa: RM4195

Sasaran: RM4100

cause
Walid, bayi Syria yang baru berusia 5 bulan.

Empat tahun lalu, bom jatuh tepat di atas rumah Walid. Peristiwa ngeri itu telah menyebabkan bapanya cedera parah di kaki. Kesannya bapa Walid mengalami kesukaran untuk berjalan.

Selepas kejadian itu, keluarga Walid melarikan diri ke utara Syria untuk menyelamatkan diri dan mencari keamanan di sana. Kini mereka tinggal di dalam khemah yang hakikatnya tak mampu melindungi mereka daripada kebekuan musim sejuk dan teriknya matahari pada musim panas.

Walid pula, dia menderita sejak dari lahir lagi. Dia mengalami lekangan retina di mata kirinya sehingga menyebabkan komplikasi dan pendarahan pada mata.

Hasil dari sumbangan orang ramai,  Walid telah menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan itu. Namun, kini Walid perlu menjalani pembedahan katarak (pembedahan menggantikan kanta mata) secepat mungkin. 

 

Doktor pakar memberitahu bapa Walid bahawa jika pembedahan itu ditangguhkan, Walid berkemungkinan besar akan kehilangan penglihatannya selama-lamanya.

 

Ayah Walid tidak lagi mampu bekerja. Juga tidak mampu memberi nafkah kepada anak-anaknya. 


Dia merayu kepada dermawan di Malaysia agar membantunya. Dia sangat berharap pembedahan dapat dijalankan sebelum Walid kehilangan penglihatannya.

Bagi menyelamatkan penglihatan Walid, Peduli Insan berusaha untuk mencari kos pembedahan yang diperlukan oleh Walid. 
cause

Jumlah kos rawatan Walid adalah RM4,100

 

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR. Muslim

 

Marilah kita bantu selamatkan penglihatan Walid. 

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
Nama : PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes walid

 

Sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut

case@peduliinsan.org

untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy