Kes Kecemasan "Yusuf"

100%

Jumlah Semasa: RM7800

Sasaran: RM7800

cause
Yusuf, seorang kanak-kanak Syria berusia lima tahun.

Yusuf tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tidak boleh berjalan, bermain mahupun bercakap.

Yusuf dilahirkan dengan lumpuh separa pergerakan, hidrosefalus (Pengumpulan cecair dalam rongga otak) dan lubang di jantung.

Setiap hari Yusuf mengalami sawan saraf, kesukaran bernafas dan keletihan yang melampau.
Doktor memberitahu ibu Yusuf bahawa jika pembedahan itu tidak dilakukan secepat mungkin, Yusuf boleh kehilangan nyawanya.

Ibu bapa Yusuf tidak mampu menanggung kos rawatan Yusuf. Bapanya cedera dalam peperangan yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja. Ibunya pula menghidap pelbagai penyakit kronik.

Penderitaan Yusuf semakin hari semakin bertambah dan kesakitannya semakin tidak tertanggung.

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Yusuf dengan menanggung kos pembedahan, ubat-ubatan yang diperlukan dan pemakanan selama setahun.
cause
Jumlah kos rawatan Yusuf adalah: RM7,800.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR. Muslim

Marilah kita bantu menyelamatkan nyawa Yusuf.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
Nama : PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Yusuf

Sila hubungi jabatan kes di case@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut. 

`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy