Kes Kecemasan "Hana"

100%

Jumlah Semasa: RM12000

Sasaran: RM11760

cause

Hana, seorang anak yatim yang baru berusia lima tahun.

 

Ayah Hana sudah meninggal dunia. Dia meninggalkan tujuh orang anak dan seorang isteri yang tidak memiliki wang untuk menyara kehidupan mereka anak-beranak.

 

Bimbangkan nyawa anak-anaknya, si ibu membawa kesemua anak-anaknya berpindah dan tinggal di kawasan lain yang lebih selamat. Malangnya, rumah yang mereka diami kini tidak mempunyai keperluan hidup walau yang paling asas.

Penderitaan Hana bermula sejak setahun lalu. Dia mengalami jangkitan teruk pada saluran kencing.

 

Kadangkala Hana tidak boleh membuang air kecil sehingga 3 hari. Bukan cuma itu, dalam masa yang sama dia mengalami sakit perut dan belakang yang teruk. Malah, Hana juga tak boleh berjalan tanpa sebarang bantuan.

 

Ibu Hana memberitahu kami bahawa anak perempuannya kadangkala mengalami bengkak di seluruh badannya. Sampaikan Hana tidak mampu membuka matanya kerana bengkak tersebut.

 

Apa yang turut membimbangkan, penglihatan Hana menjadi semakin lemah. Matanya menjadi sangat sensitif kepada cahaya. Hana terpaksa duduk di dalam bilik sendirian. Tanpa sebarang lampu. Hana juga tidak boleh tertedah kepada matahari sama sekali. Matanya akan menjadi terlalu sakit jika terkena cahaya.

cause

"Mama, saya nak mati," 

 

Itu kata-kata Hana setiap hari kepada ibunya yang diungkapkan bersama tangisan.

 

Ibu Hana juga memberitahu kami tentang keadaan psikologi anak perempuannya dan bagaimana dia tidak boleh keluar dari biliknya untuk bermain dengan anak-anak yang lain.

 

"Saya tak milik wang dan apa-apa untuk membantu anak perempuan saya. Apa yang saya ada hanya cukup untuk membeli sedikit roti dan minyak untuk menyara tujuh orang anak saya," kata ibu Hana.

 

Peduli Insan Malaysia berusaha membantu Hana dengan menanggung kos rawatannya serta membekalkan makanan nutrisi yang diperlukannya selama setahun.

cause

Jumlah kos rawatan Hana adalah sebanyak RM11,760

 

Rasulullah SAW bersabda: 

 

“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya”

     HR. Muslim

 

Marilah kita bantu mengukir senyuman di wajah Hana semula.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Hana 

 

Sila hubungi jabatan kes di

Kes@peduliinsan.org 

untuk maklumat lanjut

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy