Kes Kecemasan "Hadiah"

50%

Raised: RM3605

Goal: RM7100

cause

Hadiyah, anak yatim Syria yang baru berusia tiga tahun.

 

Hadiyah dilahirkan dengan atrofi di otak. Penyakit ini menyebabkan dia sering mengalami sawan dan kerap pengsan.

 

Hadiyah tidak mampu mengawal pergerakan tangannya. Bukan itu saja, dia juga lumpuh anggota bahagian bawah. Di mana dia tidak dapat menggerakkan kakinya atau berjalan seperti kanak-kanak lain.

 

Perkara yang paling menyakitkan Hadiyah adalah sawan yang dia alaminya setiap hari.

Kata Ibu Hadiyah, anak perempuannya akan menangis sekuatnya dalam tempoh yang lama tanpa henti kerana kesakitan yang dirasainya.

Dua tahun lalu, bapa Hadiyah meninggal dunia. Dia meninggalkan sembilan anak yatim yang lain tanpa wang dan pencari nafkah.

 

Dengan hati yang hancur dan air mata yang bercucuran, ibu Hadiah menceritakan kepada kami bagaimana anak-anaknya hampir setiap hari tidur tanpa adanya sebarang makanan. Mereka menangis kelaparan. Ibu mereka tak mampu menyediakan apa-apa untuk dimakan.

cause

Keluarga Hadiyah tinggal di khemah usang yang tak punya pintu atau tingkap. Setiap kali musim sejuk, Hadiyah dan adik-beradiknya bagai membeku. Musim sejuk menambahkan lagi penderitaan mereka.

 

Keadaan kewangan dan ekonomi ibu Hadiyah yang sedang sempit. Ini menjadikannya mustahil untuk menanggung kos rawatan Hadiyah. 

 

Dalam keadaan terpaksa, Ibu Hadiyah merayu kepada para dermawan untuk membantunya mendapatkan kos rawatan dan ubat-ubatan bagi anak perempuannya.

 

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Hadiyah dengan menaja kos ubat-ubatan dan rawatan yang diperlukan untuknya selama setahun.

cause

Jumlah kos rawatan yang diperlukan buat Hadiah adalah RM7,100

 

Rasulullah SAW bersabda: 

 

“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya”

 HR. Muslim

 

Jom bantu ringankan kesakitan Hadiah.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Hadiah

 

Sila hubungi jabatan kes di

case@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut.

 

 

 

please share on:

Donation Details

Pertanyaan?
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy