Kes Kecemasan "Aisyah"

100%

Jumlah Semasa: RM8895

Sasaran: RM8850

cause

Aisyah, bayi Syria berusia tiga bulan.

 

Aisyah dan keluarganya telah dipindahkan dari Ghouta Timur selepas kawasan kediaman mereka dibom. Rumah mereka habis musnah.

 

Aisyah kini tinggal bersama ibu bapa dan tujuh adik-beradiknya di dalam sebuah khemah kecil di Utara Syria.

Bukan sahaja musibah penindasan, kekejaman, perpindahan dan penderitaan yang menimpa keluarga ini. Tetapi Allah juga turut menguji mereka dengan penyakit anak perempuan mereka, Aisyah.  

 

Aisyah dilahirkan dengan masalah hidrosefalus yang menyebabkan dia mengalami kesakitan yang teruk di seluruh badan, terutamanya di bahagian kepala.

 

Kepala anak kecil ini semakin hari semakin membesar dan dia memerlukan pembedahan pemasangan ‘shunt’ secepat mungkin.

 

Doktor pakar memberitahu keluarga Aisyah jika dia tidak menjalani pembedahan secepat mungkin, nyawa Aisyah di dalam bahaya.

cause

Ayah Aisyah cuma seorang pekerja biasa yang tidak mampu membeli walau sebungkus roti untuk anak-anaknya.  Lebih dari itu, dia juga tidak mampu menanggung kos pembedahan anak perempuannya ini yang masih kecil.

 

Ibu bapa Aisyah merayu kepada semua dermawan agar membantu mereka mendapatkan kos pembedahan untuk Aisyah.   

 

Ibu bapa Aisyah berharap penyakit bahaya yang menimpa anaknya itu akan pergi. Mereka mengimpikan untuk melihat Aisyah hidup sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain.

 

Peduli Insan Malaysia berusaha membantu Aisyah dengan menanggung kos pembedahan serta ubat-ubatan yang diperlukan. Selain itu barangan keperluan seperti susu dan lampin juga akan dibekalkan.

cause

Jumlah kos rawatan yang diperlukan untuk Aisyah adalah sebanyak RM8,850 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 “Sesungguhnya Allah menolong hambanya selama hamba itu menolong saudaranya” HR Muslim

 

Ayuh kita bantu selamatkan nyawa Aisyah.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Aisyah 

 

Sila hubungi jabatan kes di case@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy