Kes Kecemasan "Muhammad"

100%

Jumlah Semasa: RM11885

Sasaran: RM11860

cause

Muhammad, seorang kanak-kanak Syria berusia enam tahun.


Penderitaan Muhammad bermula sejak kelahirannya. Dia mengalami ulser kulit akibat penyakit yang jarang-jarang berlaku. Penyakit ini dipanggil sebagai porphyria.


Keadaan Muhammad bertambah teruk selepas berpindah ke kem pelarian yang terletak di Utara Syria. Keadaan hidup di kem yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, udara tercemar dan debu telah membuatkan sakit Muhammad menjadi lebih merisaukan.

Muhammad mengalami ulser kulit yang berterusan, kulit mereput dan keguguran rambut. Selain itu, dia juga sering gatal-gatal di pelbagau bahagian badan, terutama hidung dan telinga. Muhammad juga mengalami bengkak dan kecacatan pada jari tangan dan kakinya.


Sambil menangis Muhammad memberitahu kami bahawa dia berasa sangat sedih kerana kanak-kanak lain takut kepadanya dan tidak mahu mendekatinya apatah lagi bermain dengannya. 


Satu-satunya harapan Muhammad ketika ini ialah agar kesakitannya hilang dan pergi. Dia juga sangat berharap keadaannya dirinya bertambah baik supaya dia boleh bermain dan hidup seperti kanak-kanak lain.

cause

Bapa Muhammad merupakan seorang penganggur dan mempunyai tujuh orang anak. Seorang lagi anaknya turut menghidap penyakit yang sama seperti Muhammad.

 

Bapa Muhammad tidak mampu membeli ubat serta tak mampu menanggung kos rawatan anak-anaknya. Malah, dia juga berusaha keras dan hampir tak terdaya mencari jalan untuk menyediakan makanan untuk keluarganya.

 

Bapa Muhammad merayu kepada para dermawan di Malaysia agar menghulurkan sedikit bantuan demi untuk mendapatkan rawatan buat anaknya. Dia sangat berharap agar keadaan kesihatan anaknya tidak menjadi bertambah buruk.

cause

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Muhammad dengan membiayai kos ubat-ubatan dan rawatan sepertimana yang diperlukan.

 

Jumlah kos rawatan adalah: RM11,860


Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya”  HR. Muslim

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Muhammad


Marilah kita mengukir semula senyuman di wajah Muhammad

 

Sila hubungi jabatan kes di kes@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut.

cause

Donation Details

Anda boleh mendaftar untuk derma bulanan automatik menggunakan pautan di bawah

Infaqpay.my
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy