Kes Kecemasan "Abdul Ghani"

100%

Jumlah Semasa: RM3520

Sasaran: RM3500

cause

Abdul Ghani, bayi Syria yang baru berusia tujuh bulan.

 
Peperangan telah berlaku berhampiran rumah mereka. Bimbang akan keselamatan mereka, keluarga Abdul Ghani lantas lari menyelamatkan diri ke Utara Syria. Kalau dahulunya mereka tinggal di dalam rumah, tapi kini mereka terpaksa hidup di dalam khemah.

 
Apa yang lebih memilukan, bayi 7 bulan ini mengalami Displasia Pinggul (Developmental dysplasia) sejak dilahirkan. Rawatan untuk menyembuhkan Abdul Ghani memerlukan kos yang tinggi. Malangnya, bapa Abdul Ghani tak mampu untuk menanggung kos rawatannya. 

Dia sendiri mengalami kecederaan parah di kaki yang telah menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

 
Menurut doktor, Abdul Ghani perlu menjalani pembedahan segera bagi merawat kakinya. Jika tidak, bayi itu mungkin akan cacat atau lumpuh seumur hidup.

 

cause

Syukur Alhamdulillah, Peduli Insan telah pun menampung perbelanjaan berkaitan kos pembedahan serta ubat-ubatan termasuklah rawatan susulan selepas pembedahan.

 
Dengan izin Allah, pembedahan telah berjaya disempurnakan dan keadaan kesihatan Abdul Ghani kini sudah stabil.

 
Bapa Abdul Ghani mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah membiayai rawatan anaknya. Sumbangan mereka sekaligus telah menamatkan penderitaan bayi kecilnya.

 
Sehingga ke hari ini Peduli Insan telah membantu lebih daripada 26 kes perubatan dan kemanusiaan. Alhamdulillah.

Bagi membantu kes-kes kecemasan seperti ini, jemput layari https://www.peduliinsan.org/my/cases 

 
Sila hubungi jabatan kes di Kes@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut.

cause

`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy