Kes Kecemasan " Silla "

100%

Jumlah Semasa: RM3255

Sasaran: RM3250

cause

Silla, bayi Syria yang baru berusia 25 hari.


Keluarga Silla terpaksa berpindah ke Utara Syria selepas pihak tentera menyasarkan serangan dan pengeboman ke rumah mereka di Timur Ghoutah.


Silla dilahirkan di sebuah rumah usang di Utara Syria. Di rumah itu juga keluarganya yang terdiri daripada 7 orang tinggal bersama. 

Dua hari lalu, Silla menghidap penyakit kuning dan kesihatannya semakin teruk. Ibu bapanya tepaksa membawa Silla ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.


Doktor memaklumkan kepada ibu bapa Silla bahawa keadaan anak perempuan mereka akan menjadi lebih serius jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin.


Kata doktor lagi, Silla perlu dirawat di dalam inkubator selama beberapa hari bagi memantau keadaan kesihatannya.


Kini Silla memerlukan inkubator, x-ray, ubat-ubatan dan pemantauan berterusan oleh doktor sehingga kesihatannya bertambah baik.

cause

Bapa Silla kini tidak bekerja. Dia juga mempunyai lima orang anak kecil dan tidak mampu menampung nafkah buat mereka.


Bapa Silla merayu kepada orang ramai agar membantu menyumbang untuk rawatan anak perempuannya. Dia juga sangat berharap agar Silla dapat sembuh dengan segera.


Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Silla dengan membiayai kos ubat-ubatan, kos inkubator, dan kos-kos hospital yang lain.

 

Jumlah kos rawatan Silla adalah sebanyak RM3,250 

cause

Allah SWT berfirman:

“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya.” (Al-Maaidah 5:32)

 
Ayuh bersama-sama kita bantu menyelamatkan nyawa Silla.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Silla


Sila hubungi Jabatan Kes di Kes@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut

Donation Details

Anda boleh mendaftar untuk derma bulanan automatik menggunakan pautan di bawah

Infaqpay.my
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy