Kes Kecemasan " Haji Bashir "

100%

Raised: RM4200

Goal: RM4200

cause

Haji Bashir, seorang pelarian Syria berumur 60 tahun.

 

Haji Bashir telah menjalani kehidupan yang stabil dan bahagia bersama keluarganya seramai 8 orang sebelum meletusnya perang di Syria.

 

Akibat perang yang semakin membara, Haji Bashir dan keluarganya terpaksa melarikan diri ke utara Syria dan tinggal di rumah terbiar.

 
Malangnya, tidak lama selepas penghijrahan mereka, Haji Bashir diserang strok yang membawa kepada kelumpuhan separuh badannya.

 

cause

Kesakitannya tidak berakhir di sini, dia juga menghidap penyakit kencing manis yang kronik sejak setahun lalu. Selain itu, dia juga mempunyai masalah tekanan darah dan jantung. 

 

Keadaan kewangannya yang sukar tidak memampukan dirinya untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan. Malah di juga tak mampu untuk pergi berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

 

Gula di dalam darahnya tinggi secara tiba-tiba. Ini menyebabkan Haji Basyir buta secara tiba-tiba. Dia telah kehilangan penglihatan di kedua-dua matanya.

 

Pasukan Peduli Insan telah melawat Haji Bashir dan melihat sendiri keadaan kesihatannya serta kehidupan beliau.

cause

Pertubuhan Peduli Insan menaja ubat-ubatan Haji Bashir selama setahun, serta pembelian alat pemantau glukosa, selain menyediakan kerusi roda untuk membantunya bergerak ke mana-mana.

 

Haji Bashir mengucapkan terima kasih kepada para dermawan di Malaysia dan mendoakan mereka diberi kesihatan yang baik serta kesejahteraan yang berterusan.


Hasil sumbangan kalian, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dapat membantu banyak kes perubatan dan kemanusiaan.

 

Untuk membantu lebih banyak kes sila layari https://www.peduliinsan.org/my/cases 

 

Sila hubungi jabatan kes di

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut.

please share on:

Donation Details

Pertanyaan?
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy