Kes Kecemasan " Shahed "

100%

Jumlah Semasa: RM8250

Sasaran: RM8220

cause

Shahed, anak Syria yang baru berusia 3 tahun.


Sepanjang 3 tahun usianya, Shahed membesar dalam suasana perpindahan dan penghijrahan. Keluarganya terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka ke tempat yang lebih selamat. Mereka kini tinggal di Utara Syria.

 
Shahed dan keluarganya yang terdiri daripada 4 orang tinggal di dalam khemah kecil. Khemah itu tempat mereka berteduh. Namun khemah itu tidak mampu melindungi mereka daripada tingginya haba pada musim panas mahupun kedinginan pada musim sejuk.

Shahed dilahirkan dengan kecacatan pada kedua kakinya dan kelemahan pada otot dan saraf kakinya. Keadaan ini telah menjadikan Shahed sukar untuk bergerak dan berjalan. Malah, Shahed hampir mustahil untuk melakukannya.

 
Walaupun usianya masih kecil, Shahed sudah menjalani dua pembedahan pada kakinya. Dia perlu menjalani pembedahan ketiga secepat mungkin pada saraf tunjang dan tulang belakangnya. Selain itu dia juga perlu merawat sarafnya yang telah rosak.

cause

Keadaan kewangan keluarga Shahed tidak mengizinkan mereka menanggung kos pembedahan. Bapanya tidak bekerja memandangkan di sana tiada peluang pekerjaan buat para pelarian. Ibunya pula sakit.

 
Peduli Insan berusaha untuk membiayai kos pembedahan Shahed, penjagaan kesihatan serta bekalan perubatan yang diperlukannya.

 

Jumlah kos rawatan yang diperlukn adalah sebanyak RM8,220

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya” 

HR Muslim

 
Mari kita sama-sama bantu meringankan kesakitan Shahed.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Shahed


Sila hubungi jabatan kes di alamat berikut

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut

please share on:

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy