Kes Kecemasan " Muhammad "

100%

Raised: RM13000

Goal: RM12420

cause

Muhammad adalah seorang bayi Syria yang baru saja dilahirkan.

 

Muhammad dilahirkan di dalam sebuah rumah usang yang terletak di Utara Syria. Di rumah usang dan sempit itulah Muhammad dan 4 ahli keluarganya tinggal.


Muhammad dilahirkan dalam keadaan mulutnya kurang sempurna. 


Bayi comel itu dilahirkan dalam keadaan bukan saja bibirnya sumbing, tapi pembentukan lelangit dan tekaknya juga tidak sempurna. Ia dipanggil sumbing lelangit.

 

Muhammad perlu menjalani pembedahan bagi membolehkan bayi ini makan, minum dan juga bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

Pada peringkat awal ini, Muhammad memerlukan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang baik bagi membolehkan tubuhnya serasi bagi melakukan pembedahan kelak. 

 

Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, Muhammad akan mengalami kesukaran untuk bercakap. Dalam masa yang sama keadaannya begitu turut menyukarkan dia ketika minum dan makan.  


Apa yang lebih menyedihkan, keadaan kewangan keluarga Muhammad sangat tidak stabil. Bapanya tidak bekerja memandangkan tiada apa-apa peluang pekerjaan yang memungkin dia untuk mencari rezeki. Keluarga Muhammad langsung tak punya wang untuk menampung kos rawatan Muhammad.

 

Peduli Insan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kos rawatan serta pembedahan Muhammad mencukupi. 

 

Jumlah kos pembedahan yang diperlukan untuk merawat Muhammad adalah sebanyak RM12,420

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” HR Muslim

 

Ayuh bersama kami kita bantu ukir senyuman manis di wajah Muhammad.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Muhammad

 

Sila hubungi jabatan kes di alamat berikut

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut

please share on:

Donation Details

Pertanyaan?
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy