Kes Kecemasan " Marwa "

100%

Jumlah Semasa: RM10250

Sasaran: RM10250

cause

Marwa adalah anak kelahiran Syria yang baru berumur 3 bulan.


Marwa menghidap penyakit Hidrosefalus sejak lahir. Iaitu terdapat lebihan air di dalam otaknya. Keadaan Marwa semakin teruk dari hari ke hari.


Akibat dari penyakitnya itu, kepala Marwa membengkak dan membesar dengan begitu cepat sekali.

 

Lebih menyedihkan, Marwa kini tak mampu untuk minum susu. Ini sekali gus menyebabkan dia mengalami kekurangan zat yang teruk.

Keadaan kesihatan Marwa sekarang dalam bahaya. Dia perlu menjalani pembedahan segera bagi mengeluarkan lebihan cecair di dalam otaknya.


Kata doktor, sekiranya pembedahan tak dijalankan secepat mungkin, Marwa mungkin akan kehilangan nyawanya.


Apa yang menjadi kerisauan kini, keluarga Marwa sendiri mempunyai masalah kewangan yang teruk. Sejak peperangan berlaku, mereka sekeluarga terpaksa berhijrah dan tinggal di dalam khemah di Utara Syria.


Keluarga Marwa merayu dan sangat berharap agar ada yang sudi membantu serta menyumbang untuk rawatan anak mereka.

 

Peduli Insan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan wang bagi tujuan pembedahan Marwa.

cause

Wang rawatan yang diperlukan oleh Marwa adalah sebanyak RM10,250


Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” HR Muslim


Ayuh sama-sama kita bantu selamatkan nyawa Marwa.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Marwa 


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 

kes@peduliinsan.org

please share on:

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy