Kes Kecemasan "Yaser"

100%

Jumlah Semasa: RM6305

Sasaran: RM6300

cause

Anak kecil ini bernama Yaser. Yaser baru berusia setahun.


Sejak lahir lagi, hidup Yaser penuh dengan penderitaan. Takdir Allah, dia dilahirkan dengan penyakit Hidrosefalus. Penyakit ini menyebabkan kepalanya semakin membengkak dari hari ke hari akibat lebihan cecair yang semakin banyak berada di dalam otak.  


Yaser kerap diserang sawan. Dia juga sering menangis tanpa henti akibat kesakitan yang terpaksa ditanggungnya. 

Selain daripada sakit kepala yang berterusan, Yaser juga mempunyai masalah penglihatan.

 

Yaser perlu menjalani pembedahan segera bagi mengeluarkan dan menyedut lebihan cecair di dalam otaknya. Pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin.


Laporan dari doktor mengatakan jika Yaser air di dalam otak Yaser tidak disedut keluar melalui pembedahan, dia mungkin mengalami kecacatan otak dan fikiran seumur hidup. Dalam masa yang sama, nyawa Yaser juga berisiko untuk maut. 

cause

Apa yang lebih memilukan, Yaser berasal dari keluarga yang fakir. Ibu dan ayahnya tak punya wang langsung sekalipun untuk membeli susu mahupun makanan untuk anak-anaknya. Peperangan telah memaksa mereka sekeluarga berpindah ke Utara Syria dan meninggalkan segala harta yang ada.


Sehingga kini, bapa Yaser masih tak punya pekerjaan. Dia tak mampu untuk merawat anaknya. Dia tak mampu berbuat apa melainkan hanya duduk dan lihat anaknya yang menderita kesakitan.


Atas sebab itu, Peduli Insan berusaha untuk mendapatkan kos pembedahan dan rawatan Yaser.

cause

Jumlah kos rawatan yang diperlukan untuk merawat Yaser adalah RM6300


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu menolong saudaranya.” (HR Muslim)

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Yaser 

 

Ayuh sama-sama bantu selamatkan Yaser.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jabatan kes-kes kecemasan di alamat kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy