Kes Kecemasan " Yamen "

100%

Jumlah Semasa: RM25725

Sasaran: RM25720

cause

Yamen adalah anak kelahiran Syria yang baru berusia 3 bulan.


Akibat peperangan, keluarga Yamen telah berpindah menyelamatkan diri ke Utara Syria. Ibu bapa Yamen mencari tempat yang lebih selamat buat anak-anak mereka.


Sejak dilahirkan, Yamen mula hidup menderita. Dia menghidap penyakit Meningioma. Tumor tumbuh membesar setiap hari di tulang belakangnya. Keadaan Yamen ini sudah pasti membahayakan nyawanya.


Bukan itu saja, Yamen juga mengalami penyakit Hidrosefalus. Iaitu terdapat lebihan cecair di dalam otaknya.  

Tidak cukup dengan itu, Yamen turut diuji kesukaran pada penglihatan dan pergerakannya. Malah, Yamen juga kerap didatangi sawan.

 

Terlalu banyak kesakitan yang perlu ditanggung oleh bayi yang baru berusia 3 bulan ini. Yamen tidak berhenti menangis akibat penderitaan yang dialaminya.

 

Selaku ibu dan ayah, orang tua Yamen juga tidak sampai hati melihat keperitan yang dilalui Yamen setiap hari. Namun, mereka tak dapat berbuat apa kerana mereka tak mempunyai wang merawatnya.

cause

Keadaan keluarga Yamen adalah sangat fakir. Demi menyelamatkan nyawa Yamen yang masih kecil, mereka merayu kepada orang ramai agar membantu Yamen untuk mendapatkan rawatan segera.

 

Peduli Insan komited dan cuba berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan kos rawatan serta pembedahan buat Yamen.

 

Jumlah kos rawatan yang diperlukan untuk merawat Yamen adalah sebanyak RM25,720

cause


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Yamen


Ayuh sama-sama kita bantu selamatkan nyawa Yamen.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil jabatan kecemasan dengan menghantar emel ke

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy