Kes Kecemasan " Omar "

100%

Jumlah Semasa: RM26951

Sasaran: RM26950

cause

Anak Syria ini bernama Umar. Omurnya baru menginjak 8 tahun.


Omar tak mampu hidup seperti kanak-kanak lain seusianya. Dia dilahirkan dengan Scoliosis pada tulang belakangnya. Tulang belakangnya membengkok secara tidak normal. Ini menyebabkan Omar menanggung kesakitan sejak daripada dia dilahirkan lagi. 

 

Semakin bertambah usia Omar, semakin perit kesakitan yang dialaminya. Keadaan kesihatannya juga bertambah teruk.

 

Ketika ini, tulang belakang Omar membengkok dengan teruk. Dalam masa yang sama Umar juga mengalami masalah pernafasan. 

Keadaan Omar kini memerlukan dia menjalani pembedahan segera bagi menstabilkan serta mengembalikan tulang belakang Umar kepada keadaan normal.

 

Apa yang lebih menyedihkan, Omar dan keluarganya kini tinggal di saki baki runtuhan bangunan yang telah dirobohkan. Tanpa pintu, tanpa tingkap, apatah lagi kelengkapan rumah yang lain.

 

Rumah mereka telah hancur dibedil bom sejak bertahun lamanya. Namun keluarga Omar tak punya wang untuk membaiki semula rumah itu.

cause

Keluarga Omar sangat miskin. Ayahnya hampir saja tak mampu menyediakan makanan buat anak-anaknya setiap hari. Kerisauan seorang bapa itu bertambah apabila memikirkan keadaan kesihatan anaknya yang semakin membimbangkan.


Peduli Insan berusaha melakukan yang terbaik bagi mencari dana rawatan serta pembedahan segera buat Omar. 

 

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM26,950

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Omar 


Ayuh sama-sama kita bantu ringankan beban penderitaan Omar serta keluarganya.


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui kes@peduliinsan.org

please share on:

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy