Kes Kecemasan " Sarah "

100%

Jumlah Semasa: RM13730

Sasaran: RM13720

cause

Anak kecil yang comel ini bernama Sarah. Usianya baru memasuki 4 hari.


Namun, nyawa Sarah kini dalam bahaya. Dia mengalami sakit kepala yang teruk akibat daripada lebihan cecair yang terdapat di dalam otaknya.


Akibat terlalu sakit, Sarah tidak berhenti menangis setiap hari. Kepalanya membesar dengan cepat setiap hari akibat daripada pengumpulan cecair di dalam kepalanya.

 

Keluarga Sarah adalah antara pelarian yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan berhijrah ke tempat yang lebih selamat. Kini Sarah dan keluarganya tinggal di Utara Syria dalam keadaan hidup penuh kesukaran.

Keluarga Sarah sangat mengharapkan bantuan serta pertolongan dari mereka yang prihatin. Mereka langsung tak punya wang untuk merawat Sarah. Ayahnya tak mempunyai pekerjaan, ibu Sarah pula menderita sakit kronik.


Laporan dari doktor mengatakan bahawa sekiranya Sarah tidak menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lebihan cecair dari kepalanya itu dengan segera, kemungkinan besar Sarah akan kehilangan nyawanya.

 

Peduli Insan berusaha sehabis baik untuk membantu dan mendapatkan dana bagi menjalankan pembedahan Sarah secepat mungkin.

 

Kos rawatan yang diperlukan untuk merawat Sarah adalah sebanyak RM13,720

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

-Hadis Riwayat Muslim.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Sarah

 

Ayuh sama-sama kita bantu selamatkan nyawa Sarah.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil kami di bahagian kes kecemasan melalui emel

kes@peduliinsan.org


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy