Tabung Bantuan Prihatin "Adik Muiz"

100%

Jumlah Semasa: RM15010

Sasaran: RM15000

cause

Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada adik Muiz sekeluarga.

Muiz kini berusia 11 tahun. Namun, pada usia ini tingkah laku dan penjagaannya masih lagi seperti bayi kecil. 

 

Takdir Allah, sejak lahir Muiz diuji dengan penyakit Celebral Palsy atau juga dikenali sebagai lumpuh otak.

 

Penyakit ini membuatkan otak tidak lagi mampu untuk mengawal otot sekaligus menyukarkan diri untuk mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri.

Kesannya, sehingga kini Muiz tak boleh untuk bergerak dan hanya terlantar di atas katil.

 

Muiz juga sering kekejangan, namun dia tak mampu untuk bercakap walau sepatah.

 

Dalam masa yang sama, Muiz juga sangat sensitif dan mudah berjangkit dengan pelbagai penyakit. Dia sangat berisiko terdedah kepada jangkitan lebih-lebih lagi jika terdapat tetamu yang hadir. 

cause

Ayah Muiz yang dahulunya seorang guru kafa terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak istimewanya. Kini beliau cuba membuat kerja-kerja kampung demi menyara keluarganya.

 

Bebanan di bahu ayah Muiz bertambah apabila terpaksa bekerja keras bagi menampung keperluan-keperluan Muiz seperti lampin, susu, ubat-ubatan serta keperluan sampingan.

 

Rumah bantuan Baitulmal yang didiami Muiz sekeluarga kini agak sempit. Ayah Muiz bercadang untuk membina sebuah bilik khas buat Muiz agar lebih selesa dan selamat, walaupun dengan kehadiran tetamu atau orang luar. Namun, dana untuk membina bilik itu masih belum mencukupi. 

 

Peduli Insan ingin sama-sama mengajak tuan/puan untuk sama-sama membantu Muiz agar dapat berehat dengan selesa dan tenang di biliknya sendiri.

 

Kos keperluan Adik Muiz  RM15,000

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Muiz


Ayuh sama-sama kita bantu ringankan beban penderitaan Muiz serta keluarganya.


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui kes@peduliinsan.org


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy