Tabung Bantuan Prihatin "Adik Athif Fahri "

100%

Jumlah Semasa: RM121385

Sasaran: RM121200

cause

Kegembiraan menyambut cahaya mata bertukar sedih apabila mendapat tahu bayi yang dikandung selama 9 bulan tanpa sebarang masalah rupanya menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA), tahap 1 iaitu peringkat yang paling bahaya.

 

Awal kelahirannya, adik Athif mampu menghisap susu dan menggerakkan anggota badannya. Namun, hari demi hari, ketika usianya menginjak 3 bulan, adik Athif bagaikan lumpuh. Bermula detik itu juga adik Athif terpaksa meminum susu melalui tiub.

 

Segala otot-otot badan adik Athif semakin lemah, termasuk otot pernafasannya. Ketika usia 3 bulan itu juga adik Athif mula memakai alat bantuan pernafasan sepenuhnya tanpa ditanggal. Jika ditanggal sebentar, wajah adik Athif akan kebiruan.

 

Lemahnya otot adik Athif sampaikan dia tak mampu untuk menelan air liurnya sendiri.

Allahu Rabbi..

 

Ibu mana yang tak nak melihat anaknya sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain ? Insya-Allah penyakit adik Athif berpeluang untuk sembuh. Namun, untuk sembuh memerlukan kos yang sangat tinggi. Ubatannya puluhan ribu ringgit sebulan.

 

Syukur, selepas mengamalkan ubat Risdilpham selama sebulan, adik Athif menunjukkan reaksi positif. Tangan dan kakinya kini sudah boleh bergerak. Dan banyak testimoni dari bayi yang senasib dengan adik Athif, selepas setahun mengamalkan ubat itu, mereka sudah boleh berjalan dan bebas dari alat bantuan pernafasan.

 

cause

Namun, sekotak ubat Risdilpham untuk kegunaannya selama sebulan berharga RM44,000 

 

Adik Athif memerlukan sekurang-kurangnya 7 kotak ubat Risdilpham sebagai ikhtiar untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain. 

 

Ibu bapa adik Athif tak mampu selamatkan anak mereka sendirian. Mereka perlukan sokongan dan bantuan kita. Nampak berat dan jumlah wang yang diperlukan besar, namun segalanya menjadi ringan jika kita sama-sama saling membantu dan menyumbang. Insya-Allah.

cause

Ayuh kita berikan harapan agar adik Athif dapat hidup sihat, ceria dan gembira seperti kanak-kanak lain.

Mari kita bantu agar adik Athif dapat berlari riang pada tahun hadapan.

Sumbangan anda juga bakal menyelamatkan nyawa adik Athif.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Athif


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy