Nabil, anak Syria yang berusia 4 tahun.
Perang telah menghancurkan bandar serta kediaman keluarga Nabil. Selepas dari itu, mereka terpaksa lari menyelamatkan diri ke kem pelarian lalu menetap di sana.
Nabil dilahirkan dengan Atrofi Serebrum. Penyakit ini menyebabkan ketidakupayaan berfikir dan juga pergerakkan yang kekal.
Nabil tak mampu bergerak secara normal. Malah dia juga tak mampu untuk makan dan minum sendiri seperti kanak-kanak lain.
Apa yang paling menyakitkan, Nabil kerap diserang sawan dan ia akan terus menyerang Nabil.
Setelah mendapatkan rawatan dari pakar perubatan, doktor menyarankan supaya Nabil diberikan ubat agar dapat mengurangkan serangan penyakit sawan.
Dalam masa yang sama, Nabil juga memerlukan pemakanan yang baik bagi menguatkan imun badannya.
Malangnya, keluarga Nabil tak mampu untuk membeli ubatan buat Nabil. Ini kerana bapa Nabil tak mampu untuk bekerja.
Bapa Nabil telah buta sebelah mata ketika serangan di Syria. Bukan itu saja, anggota badan sebelah kiri bapa Nabil juga lumpuh.
Nabil semakin menderita. Keluarga Nabil merayu kepada kita untuk sama-sama membantu meringankan kesakitan Nabil.
Atas sebab itu, Peduli Insan hadir dan berusaha untuk membantu Nabil untuk mendapatkan rawatan serta ubatan yang diperlukannya bagi tempoh setahun ini.
Kos keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM8,900
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Nabil
Ayuh sama-sama kita bantu ringankan beban serta hilangkan kesakitan Nabil.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh e-melkan kepada kes@peduliinsan.org