Kes Kecemasan " Silla "

100%

Jumlah Semasa: RM11100

Sasaran: RM11100

cause

Silla, bayi Syria yang baru berusia 4 bulan.


Silla dilahirkan dengan kecacatan kongenital mata, khususnya pada saraf ke-7 mata.

Kecacatan ini secara perlahan-perlahan menjejaskan penglihatan Silla. Dan sampai pada satu masa Silla mungkin akan menjadi buta.


Anak kecil ini perlu menjalani beberapa pembedahan mata secara berperingkat. Ia perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan penglihatannya.

 

Keluarga Silla menderita akibat perang yang berlanjutan dii Syria. Kediaman mereka telah hancur dan runtuh akibat serangan bom yang ganas.

 

Keluarga Silla tak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk lari dan berpindah ke kem pelarian Syria.

Keluarga Silla sedang dalam kesusahan. Mereka tak mampu untuk menanggung kos pembedahan anak mereka akibat kemiskinan yang mereka hadapi.

 

Malah, bapa Silla juga sudah tidak mampu bekerja. Dia mengalami kecacatan di bahagian belakang badan akibat dari serangan ketika peperangan beberapa tahun yang lalu.

 

Keluarga Silla merayu kepada semua agar sudi membantu menyumbang buat Silla walaupun dengan jumlah yang kecil. Ini bagi menampung kos pembedahan buat mata Silla.

 

Peduli Insan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Silla bagi mendapatkan kos pembedahan yang diperlukan.

 

Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM 11,100

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” – HR Muslim


Ayuh sama-sama kita bantu selamatkan penglihatan Silla.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Silla


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila e-melkan kepada kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy