Anak kelahiran Syria yang berusia 4 tahun ini namanya Anwar.
Anwar kini tinggal di dalam khemah yang terletak di Utara Syria bersama 5 lagi ahli keluarganya. Khemah itu mula menjadi kediaman keluarganya sejak mereka terpaksa melarikan diri dan meninggalkan rumah mereka ketika perang Syria mula tercetus dahulu.
Sejak lahir, Anwar sudah mula menderita apabila perut dan ususnya bermasalah serius dan memerlukan pembedahan kecemasan.
Malangnya, pembedahan yang dilakukan tidak berjaya dan keadaan Anwar semakin kritikal.
Doktor pakar mengatakan bahawa Anwar perlu menjalani satu lagi pembedahan bagi menyelamatkan keadaannya. Namun, ibu bapa Anwar waktu itu tak memiliki wang untuk membiayai kos pembedahan anak mereka,,
Keluarga Anwar tak mampu berbuat apa untuk membantu memulihkan keadaan kesihatan Anwar melainkan terpaksa melihat anak perempuan mereka itu sering menangis kesakitan. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa kepada Allah.
Perut Anwar semakin membesar setiap hari. Dia tak lagi mampu untuk makan seperti biasa. Malah keadaannya kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Anwar semakin bertambah setiap hari.
Bapa Anwar tak mempunyai sebarang pekerjaan dan dia juga sedang bergelut untuk membesarkan tiga lagi anaknya yang mash kecil. Dalam keadaan sebegini, dia tak mampu untuk menanggung kos pembedahan anak perempuannya, Anwar.
Peduli Insan sedaya upaya cuba membantu Anwar dengan mencari dan memastikan kos pembedahan Anwar mencukupi.
Kos pembedahan yang diperlukan adalah sebanyak RM14,450
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” HR Muslim.
Nyawa Anwar kini dalam bahaya. Satu-satunya harapan Anwar untuk selamat dan sembuh adalah melalui sumbangan anda.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Anwar
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kes@peduliinsan.org