Kes Kecemasan "Fatimah"

100%

Jumlah Semasa: RM5000

Sasaran: RM5000

cause

Fatimah, anak kelahiran Syria yang usianya baru menginjak 2 tahun.


Fatimah tinggal bersama 4 lagi ahli keluarganya di dalam khemah kecil yang terletak di Utara Syria.


Khemah itu menjadi kediaman hakiki mereka kini setelah keluarga Fatimah terpaksa berhijrah dan meninggalkan rumah sebenar mereka 5 tahun yang lalu.


Bebarapa hari yang lalu, Fatimah dan ayahnya pergi menziarahi saudara mereka di kem yang terletak tidak begitu jauh dari khemah mereka. Mereka pergi dengan menaiki motorsikal.


Malangnya, Fatimah dan ayahnya mengalami kemalangan ketika sedang dalam perjalanan ke sana. Kemalangan itu telah menyebabkan keretakan tengkorak Fatimah dan juga patah tulang rahang.

Fatimah segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Sehingga kini, Fatimah masih dirawat di sana.


Fatimah perlu menjalani beberapa pembedahan pada tengkorak dan rahang bawahnya agar dia boleh pulih dan sihat seperti sedia kala. 


Anak kecil yang masih tak mengerti apa ini terpaksa menahan kesakitan yang tak mampu ditanggungnya. Kesakitan membuatkan dia menangis tanpa henti. 


Lebih membimbangkan, nyawa Fatimah kini dalam bahaya. Jika keretakan pada tengkoraknya tidak dirawat segera, Fatimah berkemungkinan akan cacat kekal seumur hidup, ataupun hayatnya bakal berakhir.


Malangnya, keluarga Fatimah langsung tak memiliki wang untuk membiayai pembedahan Fatimah. Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah berdoa.
Peduli Insan berusaha sedaya upaya untuk mencari kos bagi merawat serta menyembuhkan Fatimah.

cause

Kos keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM5,000

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

Ayuh Bersama-sama kita bantu selamatkan nyawa Fatimah.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Fatimah


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Peduli Insan melalui kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy