Kes Kecemasan "Ritaj"

100%

Jumlah Semasa: RM37600

Sasaran: RM37600

cause

Bayi ini berusia 2 tahun 6 bulan. Anak kelahiran Syria ini Bernama Ritaj.


Ritaj kini tinggal di sebuah khemah yang terletak di Utara Syria. Dia tinggal bersama 4 orang ahli keluarganya. 


Ritaj dilahirkan dalam keadaan tulang belakangnya mempunyai kecacatan. Penyakit ini dinamakan sebagai Spina Bifida atau Meningocele.


Dalam masa yang sama, Ritaj juga menghidap penyakit Hidrosefalus. Iaitu terdapat lebihan cecair pada otaknya. Kepala Ritaj membesar dengan tidak normal setiap hari dan kini tumbesaran kepalanya sudah capai ke tahap yang merbahaya.


Waktu ini, Ritaj terdesak perlu menjalani pembedahan pada tulang belakangnya sesegera mungkin. Begitu juga dengan pembedahan untuk mengeluarkan lebihan cecair pada otaknya.

Ritaj kini sedang menanggung kesakitan yang bersangatan pada tulang belakangnya akibat dari ketegangan saraf. Ini membuatkan Ritaj tak dapat menggerakkan tangannya dengan baik.


Nyawa anak kecil ini dalam bahaya jika pembedahan tak dijalankan sesegera mungkin. Ritaj juga berkemungkinan berhadapan kecacatan seumur hidup.


Malangnya, keluarga Ritaj tak memiliki wang untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan untuk Ritaj. Satu-satunya yang mereka miliki adalah doa.


Peduli Insan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Ritaj dengan mendapatkan kos rawatan serta pembedahan buatnya.

cause

Jumlah kos keseluruhan yang diperlukan untuk merawat Ritaj ialah RM37,600

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” (HR Muslim).


Ayuh sama-sama kita bantu selamatkan nyawa Ritaj.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Ritaj


Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Peduli Insan melalui kes@peduliinsan.org

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy