Kes Kecemasan " Ghazal"

100%

Jumlah Semasa: RM32100

Sasaran: RM32100

cause

Ghazal merupakan seorang bayi Syria berumur dua hari.

Hidupnya baru sahaja nak bermula tetapi sudah seperti menjumpai jalan penamat apabila dia dilahirkan dengan kecacatan tulang belakang, atau myelomeningocele. 

Sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar dari selaput dan menekan pada lapisan kulit. Ini adalah tahap kecacatan paling serius kerana melibatkan saraf. 

Tak cukup dengan itu, dia juga menghidap hydrochephalus, iaitu pembentukan cecair dalam otak.

Apa yang mampu bayi umur dua hari ini buat? Selain daripada menangis, menangis dan menangis. Itu saja cara untuk memberitahu ibu bapanya yang dia sedang kesakitan.

Jika adik Ghazal tidak dirawat, kami khuatir ia akan membawa kepada maut!

Adik Ghazal memerlukan pembedahan memasang ‘shunt’ bagi membolehkan lebihan cecair otak disalurkan. Begitu juga dengan pembedahan untuk membetulkan tulang belakangnya.

cause

Tapi, kesemua rawatan ini memerlukan wang. Keluarga adik Ghazal langsung tidak mempunyai walau satu sen pun. Yang mereka ada cuma DOA dan TAWAKKAL. 

Peduli Insan berusaha sedaya upaya untuk membantu adik Ghazal mendapatkan kos rawatan bagi menjalankan pembedahan yang sangat diperlukannya.

 

Jumlah kos pembedahan yang diperlukan adalah RM32,100. Allahu rabbi, satu nilai yang sangat besar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
 


Jom semua, kita hulurkan ihsan dan bantu beri harapan kepada keluarga adik Ghazal. 


 
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil Peduli Insan melalui

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Anda boleh mendaftar untuk derma bulanan automatik menggunakan pautan di bawah

Infaqpay.my
You can donate via Stripe by clicking the link below

Stripe.com
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy