Ahmad adalah seorang kanak-kanak Syria berumur tiga tahun yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah sewa, utara Syria.
Sejak lahir lagi, Ahmad mempunyai masalah dengan mata kirinya.
Pada mulanya ia bukan masalah yang besar tapi selepas hari demi hari, keadaan bertambah teruk apabila kelopak matanya menutupi sebahagian besar mata kirinya.
Jika tidak dirawat dan dibedah segera, ada risiko untuk mata kiri Ahmad tertutup selamanya.
Selain masalah penglihatan, Ahmad juga mengalami pertumbuhan badan yang lemah, kekurangan zat makanan berikutan situasi yang membuatkan seluruh rakyat Syria terkesan.
Tahap kesihatan Ahmad kini dalam keadaan bahaya. Dia memerlukan RM11,500 untuk kembali sihat dan normal tapi malangnya keluarga Ahmad tidak mempunyai sebarang wang untuk merawat anak lelaki mereka.
Mereka hanya mampu berdoa sahaja. Jadi, kami di Peduli Insan sedang berusaha semampu yang boleh untuk menampung kos rawatan dan pemakanan Ahmad.
Tapi kami tidak mampu lakukanya tanpa sokongan anda. Jika tiada siapa yang peduli, masa depan Ahmad akan jadi lebih gelap.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.