Kes Kecemasan " Reem Almuhammad"

100%

Jumlah Semasa: RM6200

Sasaran: RM6200

cause

Adik Reem Muhamad ialah seorang bayi Syria umur 7 hari yang sangat istimewa. 

Dia tidak dilahirkan normal seperti bayi-bayi yang lain. Dia telah disahkan menghidap atresia usus atau kecacatan pada ususnya.

Sejak lahir, hidupnya penuh dengan tangisan akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. 

Mana tidaknya, dia hanya seorang bayi berumur 7 hari yang tidak tahu apa-apa dan diuji sedemikian rupa.

Kecacatan pada ususnya menyebabkan makanan dan najis tidak dapat bergerak di dalam badan Reem. 

Ini akan menjejaskan sistem penghadaman dan pencernaannya yang akhirnya boleh memberi kesan pada tubuh badan Reem.

Jika dia tidak dibedah atau dirawat, risau komplikasi lain akan terjadi dan mengancam nyawanya.

cause

Sayangnya, Reem dilahirkan dalam sebuah keluarga yang dhaif dan tidak mampu untuk menampung kos rawatan dan pembedahan Reem.

Harapan ibu bapa Reem untuk lihat anak mereka sihat, ceria, mungkin tidak akan kesampaian.

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM6,200

Jom semua, kita selamatkan Reem. Masih belum terlambat. Dia juga berhak untuk membesar dengan gembira dan sihat.
 
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Reem Almuhammad

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org 

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy