kes "Hajjah Rafah"

100%

Jumlah Semasa: RM16410

Sasaran: RM16410

cause
Allah SWT berfirman: {Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan}.

Rafah, seorang nenek Syria yang tinggal selama 5 tahun di Malaysia dengan anak perempuannya, bergantung pada dirinya sendiri dan apa yang dia buat dari makanan dan menjual produk melalui penjualan dalam talian untuk mencari nafkah hariannya.

Beliau mengalami kemalangan terjatuh dan pengsan untuk pertama kalinya pada 10/19/2019. Lalu dibawa ke hospital dan didapati ada bahagian otak yang darah tidak dapat menjangkauinya, yang menyebabkan serangan epilepsi secara tiba-tiba.

Didapati juga bahawa beliau mempunyai empat tulang patah di bahagian peha, kaki, dan bahu yang menyebabkan dia menghadapi masalah menggunakan tangannya dan sekarang dia memerlukan dua pembedahan memasukkan besi untuk menyambungkan tulang.

Beliau telah menjalani pembedahan memasukan besi dalam tulang kaki dan tinggal lagi menjalani pembedahan bahu.

Beliau juga menderita selaput putih di matanya, menyebabkan penglihatannya hilang sebanyak 80%, dan dia memerlukan pembedahan laser untuk memulihkan penglihatannya.

Beliau adalah pesakit asma kronik dan memerlukan alat bantuan penafasan dalaman dan luaran.

Keadaan kesihatan nenek miskin ini sangat sukar, dan dia memerlukan rawatan perubatan secepat mungkin untuk mendapatkan kembali kesihatannya seperti biasa.

Jadilah sebahagian dari kepulangan nenek ini ke kehidupan semula jadi dan derma bersama kami untuk mengumbulkan jumlah kos rawatannya, yang dianggarkan dalam (RM16410).

Catatan: Kes Rafah adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Rafah, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.


Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy