Sedih bila tengok keadaan Sidra, kanak-kanak Syria umur 10 tahun ini. Dia telah diuji dengan kecacatan pada tulang belakangnya.
Ada benjolan besar tumbuh pada bahagian belakangnya. Doktor mengesahkan yang dia menghidap meningocele.
Ketumbuhan tersebut menyebabkan Sidra tidak dapat menjadi aktif seperti kanak-kanak lain seusianya.
Tapi, apakan daya, kos pembedahan terlalu mahal. Keluarga Sidra sendiri bergelut untuk hidup setiap hari.
Mereka hanya ada doa sahaja. Doa supaya ada insan-insan baik hati diluar sana yang sanggup membantu mereka.
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM19,100.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.