Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang menggambarkan keadaan kanak-kanak Syria ini.
Abdul Rahman, berumur 5 tahun telah mengalami kecederaan teruk akibat terlibat dengan satu kemalangan.
Kes Kecemasan " AbdulRahman"
Jumlah Semasa: RM4600
Sasaran: RM4600
Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang menggambarkan keadaan kanak-kanak Syria ini.
Abdul Rahman, berumur 5 tahun telah mengalami kecederaan teruk akibat terlibat dengan satu kemalangan.
Disebabkan itu, tengkorak kepalanya telah retak akibat hentakan yang sangat kuat. Sejak daripada itu, Abdul Rahman terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Dia perlukan pembedahan segera untuk merawat kecederaan di kepalanya itu tetapi kos yang diperlukan adalah sangat besar bagi keluarganya yang hanya tinggal di dalam khemah pelarian sahaja.
Kini, Abdul Rahman hanya bergantung kepada rawatan asas dan jika tidak dirawat segera dikhuatiri akan membawa kepada kesan yang lebih negatif terutamanya kepada bahagian otaknya.
Perjalanan hidupnya masih panjang. Hanya kerana satu kecederaan teruk, harapan Abdul Rahman untuk hidup seperti kanak-kanak mungkin tidak kesampaian.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM4,600
Mari semua, kita tunjukkan rasa ihsan kita buat adik Abdul Rahman. Semoga dengan usaha dan sumbangan kita, Abdul Rahman mampu sembuh dan pulih semula. Aamiin.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org
Siapakah kami:
Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:
kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy