ramadan25(1)

Anas RA bertanya kepada Nabi SAW:
"Sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Rasulullah SAW: Sedekah di bulan Ramadan."

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)



Derma Sekarang

Seruan untuk Membantu Mereka yang Memerlukan

Tahun ini, Kempen Infaq Ramadan Peduli Insan memasuki tahun ke-14.

Berkat sokongan anda, ratusan ribu saudara kita khususnya di Syria, Palestin dan Yaman bakal menerima manfaat Ramadan kali ini.

Kenapa di Syria, Palestin dan Yaman?

Seperti biasa, tiga negara ini kekal menjadi fokus utama Peduli Insan. Kenapa?

Kerana setiap satunya sedang mengalami krisis kemanusiaan yang terburuk di dunia dan sangat memerlukan bantuan segera ketika ini.

Ramadan kali ini dijangka berlangsung dalam suasana musim sejuk, menjadikan sokongan anda lebih bermakna untuk membantu mereka melalui bulan ibadah ini dengan selesa. Selain tiga negara ini, Peduli Insan turut menyampaikan bantuan ke negara lain mengikut keutamaan keperluan.


Syria:

Konflik yang berlarutan selama bertahun-tahun telah menyebabkan jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.

Kini, ramai cuba bangkit semula setelah konflik berakhir namun, dalam keadaan ekonomi yang merudum, infrastruktur yang musnah dan akses kepada kemudahan yang terhad menjadikan bantuan kemanusiaan lebih mendesak.

ramadan25(2)

Palestin:

Rakyat Palestin terus menanggung derita akibat daripada penindasan dan konflik yang telah berlaku. Setiap hari, mereka terpaksa berjuang untuk mendapatkan makanan, air bersih dan keperluan asas, di tengah-tengah kemiskinan yang melanda tanpa belas.

ramadan25(3)

Yaman:

Digelar sebagai krisis kemanusiaan terbesar di dunia, rakyat Yaman terus-menerus dihimpit ancaman kebuluran dan kekurangan akses perubatan yang amat kritikal. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa utama tragedi ini, terpaksa bertarung dengan kelaparan dan penyakit dalam keadaan yang menyayat hati dan memilukan.

ramadan25(4)

Bantuan Anda, Harapan Mereka

Melalui Kempen Infaq Ramadan 14, anda boleh berkongsi rezeki dalam bentuk:

  • Pek Juadah Iftar & Sahur
  • Keperluan Makanan & Barangan Asas (Kotak Makanan)
  • Sembelihan Ramadan
  • Pembinaan Sekolah
  • Pemulihan Masjid-Masjid di Syria yang Terkesan
  • Pemulihan Rumah Bagi Penduduk Syria di Kem Pelarian

Sumbangan anda bukan sekadar mengisi perut mereka ketika berbuka atau bersahur sahaja malah, membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tanpa bantuan ini, ramai yang hanya mampu berbuka dan bersahur dengan apa yang mereka ada sahaja seperti hanya kurma dan air kosong atau mungkin terpaksa terus berpuasa hingga keesokan harinya.

ramadan25(5) ramadan25(6)

Setiap sumbangan yang anda berikan akan disalurkan sepenuhnya untuk digunakan sepanjang bulan Ramadan ini. Dan insyaAllah, pahalanya juga umpama anda bersedekah dalam bulan Ramadan itu sendiri.

ramadan25(7)

Pencapaian Kempen Infaq Ramadan 13 (2024)

Alhamdulillah, tahun lalu, berkat sumbangan ramai insan yang peduli:

  • 584,674 individu
  • 126,160 keluarga
  • Di 766 kawasan agihan sekitar lebih kurang 9 buah negara

Telah disantuni melalui pengagihan juadah iftar, sahur dan keperluan asas sepanjang bulan Ramadan.

Untuk makluman anda, Peduli Insan telah menghidupkan dua dapur kebajikan di Syria; satu di Azaz (Utara) dan satu lagi di pinggir Damsyik, di selatan. Dua dapur ini mempunyai kapasiti pengeluaran yang mampu memenuhi keperluan 4,500 keluarga setiap hari yang bersamaan 22,500 individu.

InsyaAllah, menu berbuka puasa yang akan disediakan Ramadan nanti termasuklah Nasi Arab, Shawarma, Ayam Panggang dan pelbagai hidangan lain.

ramadan25(8) ramadan25(9)

Kebaikan Dan Keindahan Ramadan Dikongsi Bersama

Ramadan adalah kesempatan terbaik untuk kita mengumpul pahala dan mengubah kehidupan mereka yang memerlukan.

Bukan semua daripada kita mampu untuk menganjurkan jamuan iftar besar-besaran atau menginfakkan makanan di masjid-masjid. Tetapi itu tak bermakna kita perlu melepaskan peluang mengejar pahala berganda dengan memberi makan di bulan mulia.

Raikan keberkatan dan kebahagiaan Ramadan dengan memberi manfaat kepada saudara seIslam yang terkesan terutamanya di Syria, Palestin dan Yaman melalui Kempen Infaq Ramadan 14.


Peduli Insan pembuka jalan,
Membantu insan yang serba kekurangan,
Infaq di Ramadan tambahkan iman,
Syurga menanti, rahmat berpanjangan.


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Sorry, donations for this form are currently inactive, Here's a list of our latest events

Event Image

Kempen Infaq Ramadan (15)

Deadline: 2026-03-21

Kongsi Keberkatan Ramadan. Rebut Pahala Berbuka Buat Saudara...

0%

Jumlah Semasa: RM891500.00

Sasaran: RM3000000.00

Event Image

Water 4 Ummah

Deadline: 2026-12-31

Bantu Salurkan Air Bersih Buat Saudara Kita Hari Ini!

0%

Jumlah Semasa: 11.00 Telaga Air

Sasaran: 20.00 Telaga Air

Event Image

TABUNG BANTUAN KECEMASAN PALESTIN

Deadline: 2025-12-31

Gaza Diserang Lagi: Kita Semua Dipanggil Untuk Bertindak Sekarang...

0%

Jumlah Semasa: RM3627123.00

Sasaran: RM4000000.00

Event Image

AFIAT 4 UMMAH

Deadline: 2025-12-31

Masa depan yang lebih cerah buat anak-anak pelarian

0%

Jumlah Semasa: 126.00 Pesakit

Sasaran: 1000.00 Pesakit

Event Image

Kempen Musim Sejuk (14)

Deadline: 2026-01-31

Musim sejuk di Syria, Palestin atau Yaman bukan sekadar cuaca sejuk...

0%

Jumlah Semasa: RM412000.00

Sasaran: RM412000.00

Event Image

QURBAN 4 UMMAH

Deadline: 2025-06-10

Tak lama lagi, takbir AidilAdha akan bergema Jangan tunggu hingga saat akhir...

0%

Jumlah Semasa: RM1560000.00

Sasaran: RM1560000.00

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy