MUSIM SEJUK BERDARAH , RATUSAN RIBU KELUARGA
TERKESAN DAN MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA!

SUMBANG SEKARANG



Apa salah penduduk Palestin sehinggakan mereka dizalimi lebih 70 tahun? Oktober 2023 telah menjadi saksi kezaliman Israel sekali lagi terhadap Palestin.

Penduduk Palestin ditindas dan diserang. Habis hancur bangunan diratakan. Orang awam dan kanak-kanak dibunuh tanpa henti. Ratusan ribu penduduk Gaza hilang tempat tinggal tanpa bekalan air dan makanan yang cukup.

KEPERLUAN MEMBANTU SAUDARA DI SYRIA, PALESTIN DAN YAMAN

Lagi pula, musim sejuk akan menyapa mereka. Belum sempat mereka pulih daripada serangan bom dan peluru, sekali lagi mereka terpaksa bertarung dan bertahan melawan musim sejuk yang menyusuk tulang.

Dalam keadaan kediaman mereka hilang, dan sumber keperluan terhad, mampukah mereka bertahan? Bukan di Palestin sahaja, saudara kita di Syria dan Yaman juga menghadapi isu yang sama.

Jadi, atas dasar prihatin, Peduli Insan hadir dengan kempen Musim Sejuk bagi membantu saudara-saudara yang memerlukan.


BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN
InsyaAllah kali ini, Peduli Insan akan menyampaikan bantuan dari segi bekalan makanan, air, perubatan dan perlindungan melalui projek-projek:

  • SUAPAN KASIH


Antara bentuk sumbangan yang bakal kita sampaikan melalui projek ini adalah:

  1. Set hidangan panas untuk seisi keluarga
  2. Kotak makanan yang mampu bertahan selama 2 minggu
  3. Sembelihan (sedekah, aqiqah, nazar) - Syria

  • SELIMUT KASIH

Kita tahu ramai saudara kita di Palestin, Syria kehilangan kediaman serta harta benda dan bakal terkesan dengan cuaca sejuk ini. Jadi kami berhasrat untuk hangatkan mereka dengan bantuan:

  1. Selimut dan Pakaian tebal
  2. Stoking, kasut, mafla
  3. Bahan bakar, Minyak diesel dan Pemanas

  • PROJEK TELAGA AIR BERSIH DI YAMAN

Kami juga tidak lupa akan krisis air di Yaman dan kesukaran penduduk Yaman yang berjalan jauh untuk dapatkan air bersih.

Jadi, InsyaAllah di Yaman, kami menyasarkan untuk membina telaga air berjumlah RM26,000. Kami perlukan seramai 52 orang untuk berkongsi rezeki sebanyak RM500 per slot.

Kelebihan telaga air yang akan dibina:

- Lengkap dengan pam air berkuasa solar untuk kegunaan lebih 600 penduduk setempat.
- Mempunyai tangki simpanan air bersaiz 12 meter padu dengan 8 paip yang disambung terus dari telaga air.

Projek Telaga Air Bersih di Yaman tidak terhenti dengan hanya sebuah telaga sahaja.

Selagi mana adanya perkongsian rezeki daripada ramai pihak, selagi itu kami akan teruskan projek pembinaan telaga air di Yaman.


KESEJAHTERAAN SAUDARA DI SYRIA, PALESTIN DAN YAMAN


Palestin diserang habis-habisan oleh Israel. Syria juga turut diserang menyebabkan ratusan ribu telah terkesan. Konflik yang berlaku telah menambah lagi kesusahan yang sebelum ini mereka tanggung.

Jadi, musim sejuk ini, kami ingin mengajak anda semua untuk sama-sama mengurangkan penderitaan dan bantu mereka untuk bangkit. Ayuh semua, sampaikan bantuan anda buat mereka.

‘Ihsan Demi Insan’
Infaq Satu Kali
Anda boleh mendaftar untuk derma bulanan automatik menggunakan pautan di bawah

Klik Di Sini >>

Nota: Sumbangan ini adalah untuk projek-projek kemanusiaan Peduli Insan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy