Acara Terkini

test

Sedekah Adha 2022

Deadline: 2022-07-10

SEDEKAH ADHA ANDA JUADAH ISTIMEWA BUAT MEREKA DI MALAYSIA, SYRIA DAN PALESTIN

Semua kita punya keinginan untuk menjalankan ibadah korban. Namun, tak semua dari kita yang mampu laksanakannya. Dengan keadaan ekonomi negara dan dunia yang teruk kini, ramai dari kita hakikatnya sedang bergelut untuk melangsungkan kehidupan.

Syukur, walaupun tidak mewah tapi semuanya cukup. Walaupun lebihan duit tidak banyak, tapi kita senang dan bahagia. Nun di sana, ramai yang sedang diuji hebat. Tiada pekerjaan, tiada makanan, tiada kebahagiaan.

Kita mungkin tak mampu tumbangkan seekor kambing atau korbankan sebahagian lembu atau unta. Namun kita mungkin mampu hulurkan beberapa kilo daging kepada beberapa buah keluarga.

Ambil peluang Aidiladha nanti untuk berinfaq dan Sedekah Adha. Sumbangan anda bakal membantu keluarga-keluarga yang memerlukan sama ada di Malaysia, Kem Pelarian Syria atau pun Gaza.

Ayuh, gembirakan saudara-saudara kita yang sekian lama tak menjamah nasi dan lauk berat seperti daging. Mari kita hadiahkan kepada mereka kotak yang penuh berisi makanan. Moga-moga mereka tidak akan kelaparan lagi.

Dalam pada kita menolong mereka, hakikatnya kita sedang menolong diri kita sendiri.

Kerana sesudah kita di dalam kubur kelak, cuma tiga amalan yang pahalanya masih berterusan. Salah satunya adalah sedekah jariah yang kita lakukan sewaktu kita masih hidup.

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Berlindunglah dari api neraka walau pun dengan sebahagian dari sebiji kurma (iaitu sedekah yang sedikit”.

Jom Sedekah Adha sekarang !
'Ihsan Demi Insan'

Jumlah Semasa: RM334250.00

Sasaran: RM500000.00

test

QURBAN 4 UMMAH - SYRIA

Deadline: 2022-07-10

LAKSANAKAN IBADAH QURBAN4UMMAH-11 ANDA BERSAMA SAUDARA KITA DI KEM PELARIAN SYRIA

Selain dari bulan haji, Zulhijjah juga merupakan bulan untuk melakukan ibadah korban. Sejarah pensyariatan ibadah korban bermula sejak zaman Nabi Ibrahim as lagi, ketika mana baginda diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail as. Ribuan kanak-kanak kekurangan zat makanan dan akhirnya mengakibatkan mereka menghidapi beberapa penyakit. Tubuh badan para ibu tidak lagi mampu menghasilkan susu.

Jumlah Semasa: RM2275350.00

Sasaran: RM2500000.00

test

MY INFAQ RAMADAN MALAYSIA

Deadline: 2022-05-02

Dua tahun lepas, kita diuji dengan pandemik. Ramai yang kehilangan orang tersayang akibat virus Covid-19. Ramai juga yang diuji dengan banjir besar yang hadir tanpa diduga. Angin kuat luar dari kebiasaan telah memusnahkan kediaman dan premis perniagaan. Itu antaranya. Namun banyak lagi ujian yang sedang menimpa rakyat Malaysia.

Ramadan bulan yang sangat dirindui oleh umat Islam. Selain ketenangan, keberkatan Ramadan serta kehebatan ganjaran pahalannya membuatkan kita rindu untuk menanti kehadirannya.

Rasulullah saw sendiri seorang yang sangat dermawan dan suka bersedekah. Sifat dermawan baginda akan berganda pada bulan Ramadan. Begitulah yang dikisah oleh isteri baginda SAW, Aisyah RA.

Jumlah Semasa: RM1500000.00

Sasaran: RM1500000.00

test

INFAQ RAMADAN SYRIA

Deadline: 2022-05-02

Selepas 11 tahun konflik Syria berlaku, kira-kira 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka mencari pelbagai jalan dan peluang yang ada untuk mengubah nasib mereka. Namun, tetap juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar. Setiap hari mereka menanti kalau-kalau ada sebarang bantuan yang datang kepada mereka. Terutamanya makanan.

PEDULI INSAN KOMITED MEMBANTU

Peduli Insan sekali lagi menganjurkan kempen Infaq Ramadan Syria 11 bagi membantu rakyat Syria serta memeriahkan lagi Ramadan mereka yang kian suram sejak 11 tahun yang lalu.

Antara hidangan makanan yang akan diagihkan kepada para pelarian Syria untuk Kempen Infaq Ramadan Syria adalah:


1. Syawarma beserta nasi

2. Ayam panggang beserta nasi

3. Nasi ayam

4. Pelbagai jenis kurma, air dan juga jus

Jumlah Semasa: RM2000000.00

Sasaran: RM2000000.00

test

Suapan Kasih Syria

Deadline: 2022-02-28

Setiap tahun, puluhan kanak-kanak di kem pelarian Syria maut akibat kebuluran. Angka kematian akan meningkat sepanjang musim sejuk. Bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut berisiko maut. Sebuah keluarga pernah ditemui mati di dalam khemah tanpa diketahui sesiapa akibat kesejukan dan kelaparan.
  Saat cuaca sejuk mencecah -5 darjah celcius, tubuh kita memerlukan tenaga yang lebih untuk mengeluarkan haba bagi mempertahankan diri dari kesejukan. Malangnya, ramai dari kanak-kanak Syria maut kerana badan mereka sendiri tidak tidak mampu bertahan.

Jumlah Semasa: RM2500000.00

Sasaran: RM2500000.00

test

Selimut Kasih Syria

Deadline: 2022-02-28

Selamatkan mereka dengan menghangatkan tubuh mereka
 Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia memasang impian untuk menikmati musim sejuk dan salji seperti yang sering kita lihat di kaca televisyen. Bagi kita salji dan cuaca sejuk adalah satu keseronokan yang tiada di Malaysia. Hakikatnya, kedatangan musim sejuk menjadi satu ketakutan bagi jutaan pelarian yang berada di Kem Pelarian Syria. Salji dan musim sejuk yang dianggap keseronokan bagi kita sebenarnya adalah ancaman yang bakal meragut nyawa mereka.

  Mana tidaknya, sejak menjadi pelarian mereka tidak lagi tinggal di dalam rumah yang punya dinding yang tebal dan pintu yang tertutup rapat. Sebaliknya, sepanjang hampir 10 tahun menjadi pelarian mereka terpaksa hidup di dalam khemah yang kainnya kian reput akibat dimamah cuaca tak menentu. Ada ketika, khemah mereka dimasuki air akibat hujan dan salji yang berterusan. Malah setiap tahun pasti ada khemah yang roboh akibat angin terlalu kuat.

Jumlah Semasa: RM2500000.00

Sasaran: RM2500000.00

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy