SIDRA AL-KHADER

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

orphan

Sidra seorang anak yatim berusia 7 tahun.


Dahulu Sidra hidup bahagia bersama ibu, ayah dan abangnya. Ayahnya seorang pekerja bergaji sederhana yang berharap dalam menyediakan kehidupan yang selesa.

orphan

Pada usia 2 tahun, bapa Sidra mati syahid dalam serangan peluru mortar. Keluarganya hidup dalam kesusahan tanpa pencari nafkah.


Ibu Sidra melarikan diri dengan anak-anaknya ke kem pelarian di utara Syria untuk mencari keselamatan. Ia tinggal bersama keluarga kecilnya di dalam khemah usang, yang tidak melindungi mereka dari suhu panas dan suhu sejuk yang melampau.

orphan

Ibu Sidra tidak menemui sebarang pekerjaan dan hidup mereka semakin tidak menentu.


Sidra sering membaca tulisan dari kertas-kertas yang diterbangkan angin dan masuk ke kawasan kem pelarian dengan harapan ia dapat mempelajari sesuatu serta mengubati sedikit kesedihannya disebabkan ketidakmampuan untuk belajar buat masa sekarang.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Sidra dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy