OMAR AL-OMAR

100%

Jumlah Semasa: RM3000

Sasaran: RM3000

orphan

Omar seorang anak yatim berusia 9 tahun.


Dia dilahirkan di kota Ariha - sebuah daerah yang diumpamakan taman syurga di bumi -  di bawah jagaan seorang bapa bergaji sederhana. Ia sempat dipelihara dengan baik oleh keluarganya ketika berusia 1 tahun.


Bapanya terbunuh dalam serangan bom yang turut mengubah kehidupan di tempat tinggalnya menjadi seperti neraka.

orphan

Selepas bapanya tiada, ibunya memilih untuk melarikan diri bersama empat orang anaknya demi keselamatan. Ia tinggal di sebuah khemah di salah satu kem pelarian di kawasan luar bandar utara Aleppo.


Ibu Omar berusaha sedaya upaya untuk mencari pekerjaan bagi menyara anak-anaknya, namun usahanya tidak membuahkan hasil.

orphan

Omar mengimpikan hak untuk pergi ke sekolah seperti rakan-rakannya di negara-negara lain. Dia sering menenangkan kesedihannya dengan membaca Al-Quran. Satu-satu hiburannya ialah bermain bola sepak jika cuaca mengizinkan.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Omar dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy