BATUL AL-`ALI

100%

Jumlah Semasa: RM3000

Sasaran: RM3000

orphan

Batul seorang yatim perempuam yatim yang berusia 10  tahun.


Batul dilahirkan sebulan selepas bapanya meninggal dunia. Dia tinggal bersama ibu dan lima orang adik-beradik. Bapanya dahulu seorang buruh binaan bergaji sederhana yang berusaha membahagiakan anak-anaknya .

orphan

Ayah Batul telah menerima seksaan di dalam penjara dan meninggal dunia sebulan sebelum Batul dilahirkan. Justeru, ayahnya tidak sempat melihat Batul dan Batul tidak dapat menikmati pelukan kasih bapanya.


Selepas mengetahui kematian bapa Batul, keluarganya hidup terumbang-ambing. Lalu mereka berpindah ke kem pelarian di  utara Syria.  Hidup mereka bertambah sukar apabila terpaksa tinggal dalam khemah yang usang.

orphan

Ibu Batul tidak mempunyai pekerjaan untuk meringankan penderitaan anak-anaknya. Kehidupan di kem pelarian yang tidak selesa memburukkan lagi kehidupan mereka.


Namun Batul belajar dengan tekun di sekolah di kelas darjah satu. Dengan belajar menjahit, dia mengimpikan suatu hari nanti dapat menjahit pakaian untuk ibu dan adik-beradiknya serta membelikan mereka sebuah rumah untuk mereka berlindung.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Batul dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy