ALAA` AHMAD

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

orphan

Alaa` seorang anak yatim perempuan berusia 9 tahun.


Tidak banyak kenangan bersama ayah yang Alaa` ingati selama 2 tahun hidup bersama dengan ibu dan kakaknya. Ayahnya dahulu bekerja dengan pendapatan sederhana, yang berusaha membahagiakan kedua-dua anak perempuannya.


Sebelum usia Alaa` mencecah 3 tahun, bapanya terkorban dalam sebuah serangan peluru berpandu.

orphan

Ibu Alaa` membawa kedua-dua orang anaknya ke utara Syria dan tinggal di dalam khemah di kem pelarian Syria di luar bandar, utara Aleppo. Kesedihan Alaa` berterusan apabila ia kehilangan kakaknya kerana sakit. Lalu tinggallah ibu dan Alaa` meneruskan kehidupan.

 

Ibu Alaa` juga tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang dapat meringankan beban keluarga.
Alaa` belajar dalam kelas darjah 4 di sekolah kem pelarian. Alaa` suka melukis dan bercita-cita menjadi guru yang cemerlang di masa hadapan.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Alaa` dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

* Perhatian *

Alaa' pernah ditaja dari April 2023 sehingga Mac 2024. Kami memerlukan penaja baru untuk berkongsi kasih sayang bersama Alaa' menerusi Projek Tajaan Anak Yatim Peduli Insan.


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM
Daftar dan mula menaja melalui pautan di bawah:

Senangpay.my

Nota: *Projek tajaan anak yatim ini adalah untuk tempoh setahun. Pembayaran perlu dibuat secara bulanan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy