PASUKAN PEDULI INSAN BERTOLAK KE LUBNAN DAN SETERUSNYA KE SYRIA BAGI MEMBANTU PELARIAN SYRIA DI KEM PELARIAN.

our_news

Disiarkan pada: 16-01-2021


post
 
Hari ini, 14 Januari 2021 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1442H, Pasukan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah bertolak ke Lubnan bagi menyampaikan sumbangan di kem pelarian Syria yang terletak di Irsal, Lubnan. Mereka kemudiannya akan ke Turki dengan tujuan untuk memasuki kem pelarian yang terletak di Utara Syria, iaitu di kawasan luar bandar Aleppo dan Idlib.

Misi kali ini bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana keadaan pelarian Syria yang berada di dalam kem, dalam masa yang sama memberi bantuan berupa barang keperluan mereka. Pasukan Peduli Insan sedaya upaya cuba untuk meringankan beban para pelarian lebih-lebih lagi pada musim sejuk yang estrim ini, ketika mana penderitaan semakin perit dan keperluan mereka semakin bertambah.

Pengerusi Peduli Insan, Ustaz Luqmanul Hakim berkata misi kali ini adalah sangat penting, di mana kehadiran tim Peduli Insan ini adalah pada ketika para pelarian berhadapan saat-saat paling sukar dalam kehidupan tahunan mereka. Suhu kini telah mencapai -5 darjah celcius. Ditambah lagi dengan hujan lebat serta banjir yang telah menenggelamkan khemah mereka menjadikan mereka terdesak untuk menerima bantuan.

Ustaz Azfar selaku Ketua Pengarah Program Kebajikan Peduli Insan pula berkata, ini adalah sekecil-kecil bantuan dan sumbangan yang dapat kita berikan kepada saudara pelarian Syria kita di kem pelarian. Tahun ini telah memasuki tahun ke-10 rakyat Syria berhadapan kesukaran selepas perang tercetus di negara mereka. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila mereka terpaksa mengharungi cuaca sejuk yang estrim ini tanpa bantuan alat pemanas yang menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih teruk.

Ustaz Yusri pula menerangkan bahawa misi kali ini adalah sebahagian daripada projek Kempen Musim Sejuk yang dilancarkan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bagi membantu rakyat Syria yang berada di kem pelarian. Ini adalah hasil dari sumbangan rakyat Malaysia kepada saudara pelarian Syria dalam usaha untuk meringankan beban mereka serta memberikan kelegaan dan kegembiraan terhadap segala kesukaran yang telah mereka hadapi selama ini.

Kempen Musim Sejuk yang dilancarkan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah bermula sejak bulan September 2020 dan berterusan sehingga penghujung Febuari 2021. Kempen ini merangkumi 6 projek penting yang bertujuan untuk memberi kehangatan kepada pelarian Syria sepanjang musim sejuk ini.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy