KUMPULAN PERANSANG SELANGOR SUMBANG RM50,000 BAGI MERINGANKAN BEBAN MEREKA YANG TERKESAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19.

our_news

Disiarkan pada: 03-08-2021


post
Pandemik yang berlarutan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berkesudahan telah memberi impak yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira status, darjat mahupun pekerjaan. 
 
Bagi mereka yang berkerja sendiri atau berkerja di bawah sektor ‘non-essential’, pandemik ini memberi kesan yang maha berat akibat operasi perniagaan yang terhalang dek perlaksanaan PKP.
 
Pengorbanan besar dan kesabaran yang ditanggung oleh rakyat Malaysia kini semakin mencapai hadnya apabila tabung simpanan semakin susut dan juga ramai yang telah habis bergadai harta untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga. 
 
Justeru Kumpulan Perangsang Selangor(KPS) mengambil inisiatif dengan membantu dan menghulurkan sumbangan. Dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Malaysia kini.
 
Sumbangan sebanyak RM50,000 tunai telah disalurkan kepada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) di bawah Projek Cov-Aid. Dana ini telah digunakan bagi menaja sebanyak 576 bungkusan set makanan asas. Agihan telah dibuat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
 
Data-data penerima telah diperolehi hasil kerjasama dan bantuan Peduli Insan bersama persatuan-persatuan penduduk, masjid/surau dan juga wakil-wakil kawasan. Ini adalah kerana penduduk setempat lebih mengenali jiran dan keadaan orang di sekeliling mereka.
 
Pihak Peduli Insan mewakili penerima-penerima ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan pihak KPS. Didoakan agar KPS terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan serta mencapai target yang dicita.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy