Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen Musim Sejuk Ke-10 bagi membantu pelarian Syria

our_news

Disiarkan pada: 05-11-2021


post
Umum mengetahui penderitaan yang dialami oleh pelarian Syria di kem utara Syria, Lubnan dan Turki selama lebih daripada sembilan tahun. Jumlah mereka kini telah pun melebihi 5 juta.

Selain menjadi pelarian, mereka juga kekurangan keperluan hidup yang paling asas. Musim sejuk setiap tahun pula menambahkan lagi penderitaan mereka.

Mereka juga diuji dengan kesejukkan yang melampau, kekurangan pemanas dan bahan bakar yang sepatutnya memberi kehangatan kepada tubuh anak-anak mereka.

Melihat kepada realiti yang menyakitkan ini, Peduli Insan Malaysia melancarkan Kempen Musim Sejuk Ke-10 untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan kecemasan kepada mereka. Sumbangan ini termasuk pemberian bantuan seperti pemanas, bahan bakar dan kit makanan, kepada lebih daripada 250,000 pelarian Syria.

Pengerusi Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim, menekankan perlunya kita berdiri bersama saudara-saudara pelarian kita pada musim sejuk ini, memandangkan kedinginan, kelaparan dan kemiskinan yang terpaksa mereka lalui setiap tahun. 

Beliau juga meminta semua organisasi kemanusiaan di Malaysia mengambil inisiatif untuk menyumbang dan menyelamatkan saudara kita dari kesejukan sebelum terlambat.

Ustaz Luqmanulhakim juga menambah bahawa Peduli Insan juga akan meneruskan projek kemanusiaannya di Malaysia dan Palestin, selain kempen musim sejuk di Syria.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy