PEDULI INSAN TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA BANJIR

our_news

Disiarkan pada: 31-12-2021


post
Malaysia dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negera ini pada 17 Disember 2021. Banjir itu telah menenggelamkan ribuan rumah di Selangor yang hakikatnya sebelum ini tidak pernah pun dinaiki air.

Apa yang lebih menyedihkan, ratusan rumah yang menjadi tempat perlindungan dan kediaman telah hancur roboh dibawa arus.

Air bah telah menenggelamkan hampir keseluruhan kediaman di Sri Muda, Langat, Puchong dan Dengkil. Begitu juga dengan beberapa kawasan di Pahang seperti di Mentakab, Bentong, Lipis dan Maran. Malah, banyak lagi kawasan yang terjejas teruk.
post
Ekoran itu, Peduli Insan segera telah melancarkan Tabung Kecemasan Banjir Besar Malaysia. Hasil sumbangan orang ramai melalui tabung ini digunakan untuk membeli barangan keperluan yang mendesak bagi mangsa-mangsa banjir. Seperti tilam, selimut, bantal, makanan, susu dan lampin bayi, serta barangan keperluan wanita.

Kaki tangan serta sukarelawan Peduli Insan juga telah turun seawal hari ketiga banjir ke beberapa buah kawasan yang terjejas teruk. Kehadiran mereka adalah untuk sama-sama membantu penduduk membersihkan kediaman mereka yang teruk dimamah lumpur disamping menyampaikan sumbangan dari orang ramai.

Walaupun sudah lebih seminggu peristiwa ini berlaku, namun proses pembersihan rumah di kebanyakan tempat yang terjejas teruk masih lagi belum selesai.
post
Sehingga kini, ratusan keluarga mangsa-mangsa banjir telah mendapat manfaat dari sumbangan rakyat Malaysia melalui Tabung Kecemasan Bencana Banjir Besar Malaysia.

Pihak Peduli Insan Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan sudi menyumbang melalui tabung ini.

Tabung dan sumbangan ini akan terus dibuka dan disalurkan kepada mereka yang terjejaas sehingga akhir Febuari 2022 nanti, Insya-Allah.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy