PEDULI INSAN TERIMA ANUGERAH DARIPADA PA&MA

our_news


post
Peduli Insan telah terpilih menerima anugerah daripada Pa&Ma dalam kategori Jenama Pilihan Ibu sebagai Pertubuhan Amal Pilihan Pa&Ma.
Pa&Ma adalah portal lengkap yang menyediakan panduan kehamilan, kelahiran, pembesaran dan perkembangan si manja. 
Anugerah ini diberikan kepada Peduli Insan bersempena ulangtahun ke-22 Pa&Ma pada Oktober 2022. Selain itu, 40 jenama lain turut diberi pengiktirafan sebagai jenama pilihan pembaca Pa&Ma.
Sebuah majlis telah diadakan di GSC, 3 Damansara bagi menyampaikan sijil anugerah berserta trofi pada 30 November lalu. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Editor Majalah Pa&Ma. Saudari Siti Nur Syuhada telah mewakili Peduli Insan bagi menerima anugerah ini.
Turut hadir wakil serta founder jenama-jenama terkenal serta pempengaruh media sosial.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia sangat berbesar hati menerima anugerah ini dan bertekad untuk terus berkerja keras agar lebih ramai yang menerima manfaat di luar sana.  Jutaan terima kasih kepada Pa&Ma atas anugerah serta pengiktirafan bermakna ini kepada Peduli Insan

`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy