PELANCARAN KEMPEN AID YEMEN 2024 - DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

our_news

Bertarikh: 28-02-2024


post
28 Februari 2024 yang lalu, Al-Tawasul Alinsani Malaysia telah menganjurkan serta melancarkan kempen “Aid Yemen 2024” buat kali yang kedua yang bertempat di Restoran Qasar Balqis, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Adel Bahomaid, Duta Yaman di Malaysia serta dihadiri oleh pengasas-pengasas, 20 NGO, salah satunya Peduli Insan Malaysia dan tokoh-tokoh masyarakat daripada negara Malaysia dan Arab.
Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut, Al-Tawasul Alinsani Malaysia telah berkongsi tentang pencapaian cemerlang Kempen Aid Yemen bagi tahun 2023 dan bagaimana ianya telah banyak memberi manfaat buat penduduk Yaman yang terkesan. 

Menurut wakil Al-Tawasul Alinsani Malaysia, hasil kerjasama seluruh NGO yang terlibat telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kempen Aid Yemen tahun 2023 dan Al-Tawasul Alinsani Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan dan kolaborasi semua pihak.
Kempen Aid Yemen bagi tahun 2024 ini adalah satu bukti bahawa di Malaysia, masih belum padam lagi perasaan sayang serta ihsan simpati rakyat setempat terhadap apa yang berlaku di negara Yaman. Walaupun jarak 5,000 kilometer memisahkan antara Malaysia dan Yaman, tetapi dengan bersatunya hati dan jiwa kita semua, setiap kesusahan yang melanda dapat diangkat dan dipermudahkan.

Harapan terakhir Al-Tawasul Alinsani Malaysia kepada semua NGO yang hadir, supaya meneruskan usaha mulia ini dan terus menerus memberikan sokongan penuh terhadap kempen yang dijalankan supaya suatu hari nanti dapat membawa satu impak positif yang sangat besar dalam hidup rakyat di negara Yaman yang terkesan akibat peperangan. 

IHSAN DEMI INSAN

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy