MAJLIS UKHWAH RAMADAN KAREEM

our_news

Bertarikh: 05-03-2024


post
Pada 5 Mac yang lalu, Peduli Insan telah menguruskan sebuah majlis penghargaan bersama kesemua ikon kemanusiaan Peduli Insan yang bertempat di Mozer’s Syrian Restaurant, Bukit Jelutong yang dihadiri oleh UNIC, Inteam dan juga Farhatul Fairuzah serta wakil-wakil daripada Pertubuhan Peduli Insan. 

Salah satu tujuan diadakan adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang pelantikan Pengerusi baru Peduli Insan tahun 2024 iaitu Ustaz Muhamad Basil. 
 Selain itu, majlis ini adalah satu tanda penghargaan bagi kerjasama para ikon kemanusiaan Peduli Insan yang telah bekerjasama dalam menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk 3 Negara di Lubnan, Januari lalu. 

Terima kasih atas kesudian untuk berkongsi pengalaman ketika misi dan penambahbaikan bagi kempen akan datang.

Kami di Peduli Insan berharap kita dapat terus bersama-sama dalam satu ikatan ukhwah untuk membantu mereka yang memerlukan seterusnya menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik terutamanya di bulan mulia Ramadan. 

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy