ZIARAH SELIMUT KASIH INTEAM KE KEM PELARIAN SYRIA DI LUBNAN

our_news

Bertarikh: 11-01-2024


post
 Lawatan kumpulan nasyid terkenal Inteam yang merupakan ikon kemanusiaan Peduli Insan ke Lebanon membawa makna yang sangat besar buat saudara pelarian Syria yang berteduh di kem-kem pelarian. 

Misi selama 7 hari tersebut telah dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan dan kesusahan. 

Dalam misi ini setiap hari delegasi akan melakukan agihan bantuan kepada kem-kem pelarian Syria di kawasan Selatan Al-Beqaa dan juga Arsal, Lubnan.

Antara bantuan yang disampaikan adalah dalam bentuk selimut tebal, pakaian musim sejuk, tong bahan bakar berupa 20 liter minyak diesel, kotak barangan asas makanan dan juga pek makanan panas daripada sembelihan kambing. 
post
 Semua pemberiaan manfaat ini adalah hasil sumbangan seluruh rakyat Malaysia yang tak henti-henti menyokong usaha Peduli Insan dalam menjadi kehidupan saudara di sana lebih baik.

Terima kasih Inteam kerana bertungkus lumus dalam menggembirakan semua para pelarian walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca yang sangat sejuk.

Terima kasih juga buat semua yang menyumbang dalam Kempen Musim Sejuk 3 Negara. 
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy