Tanpa kehadiran UNIC dan Farhatul, hidup warga pelarian di Lubnan akan kekal suram  
Selama 4 hari ini, mereka ditugaskan untuk menyampaikan amanah orang yang dah  sama-sama menyumbang dan menyokong usaha ini.  
Setiap hari adalah hari yang sibuk dan memenatkan buat para delegasi UNIC serta Farhatul. 
Daripada menyampaikan keperluan musim sejuk  kepada memasak hidangan panas buat saudara di sana yang kelaparan.  
Antara bantuan yang diagihkan adalah selimut tebal, pakaian musim sejuk, minyak diesel, kota barangan keperluan asas, roti dan juga pek makanan panas. 
Dalam kesibukan menyampaikan bantuan, UNIC dan Farhatul juga sempat melakukan aktiviti dan menyantuni para pelarian yang berada di kem-kem tersebut.
									 
             
            