QURBAN FOR UMMAH 2024 PEDULI INSAN

our_news

Bertarikh: 26-06-2024


post
Alhamdulillah, untuk tahun ke-13, dengan izin Allah SWT sekali lagi Peduli Insan berpeluang menjadi pelaksana korban untuk anda semua. 
 
Syukur ke hadrat ilahi, berkat sokongan orang ramai, ramai golongan fakir miskin di luar sana telah menerima manfaat melalui Kempen Qurban 4 Ummah.
post
Tahun ini, Peduli Insan memfokuskan pelaksanaan korban di tiga buah negara iaitu Syria, Palestin dan Yaman.  
 
Di Syria, sebanyak 18 ekor lembu dan 247 ekor kambingtelah disembelih dan diagihkan dagingnya kepada 6,020 keluarga.  
   
Manakala di Palestin pula, sebanyak 9 ekor lembu dan 35 ekor kambing telah dikorbankan diberikan manfaatnya buat 1,240 
 
Peduli Insan juga telah melaksanakan korban untuk 3,120 keluarga di Yaman sebanyak 6 ekor lembu serta 138 ekor kambing.  
post
Selain itu, Peduli Insan juga berusaha untuk menyantuni lebih ramai lagi golongan yang kurang bernasib baik di negara lain melalui kiriman pek daging, Sedekah Adha. 
 
Untuk pengetahuan anda semua, setiap penerima manfaat (anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU dan fakir miskin) akan menerima sekitar 2 kg-7 kg daging mengikut keperluan.  
 
Terima kasih kepada semua yang menyertai ibadah korban dan Sedekah Adha bersama Peduli Insan. 
 
Ihsan Demi Insan
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy