SALAM kehangatan buat mereka yang memerlukan. Siapakah mereka itu? Mereka adalah para pelarian khususnya yang berada di negara Syria, Palestin atau Yaman.
Musim sejuk bakal menjelma dan pastinya derita ratusan ribu saudara kita di sana juga bakal bermula.
Dalam keadaan mereka yang hidup di kem, serba serbi kekurangan, pastinya musim ngeri ini membawa satu penderitaan serta cabaran yang sangat dasyat buat para pelarian.
Musim sejuk di negara bergolak bukanlah hanya sekadar angin sejuk, mahupun salji semata-mata. Tetapi ia juga ditemani dengan hujan lebat yang melimpahi hingga ke dalam khemah-khemah lusuh mereka.
Realitinya, mereka berdepan ancaman kematian setiap kali datangnya musim sejuk ini
Rata-rata para pelarian kekurangan kelengkapan musim sejuk malah keperluan-keperluan lain untuk membantu mereka bertahan daripada suhu yang mampu mencecah di bawah tahap beku tersebut.
InsyaAllah, seperti tahun-tahun terdahulu, Peduli Insan sekali lagi hadir bersama kempen Musim Sejuk kali ke 13 bagi membekalkan kehangatan yang diperlukan sepanjang musim ngeri ini.
Telah menjadi fokus utama Peduli Insan untuk menyampaikan bantuan dari segi pakaian tebal, alat pemanas dan bahan api, makanan panas serta barangan asas buat keluarga-keluarga pelarian yang terkesan.
Peduli Insan juga akan menghantar delegasi yang terdiri daripada ikon-ikon Peduli Insan dan juga pegawai bertugas dalam misi kemanusiaan musim sejuk di negara bertumpu.
Semoga menerusi kempen Musim Sejuk kali ke 13 ini dapat melonggarkan cengkaman penderitaan yang dialami oleh saudara pelarian kita dan juga membawa makna musim sejuk yang lebih indah buat mereka.
Teruskan menyokong usaha Peduli Insan. Ihsan Demi Insan